TeRiMa SeAdaNya.........
Image Hosted by FileHive.com
By: SOuLha CaiRo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 4-Jun-2008 10:50 Email | Share | | Bookmark
Kompilasi breakfast omputeh

 
 
 
View all 8 photos...
Kat sini tak reti jugak nak cakap breakfast ker apa...biasanya rutin orang arab sendiri rasanya memang tkder breakfeast..diorang ada brunch jer kot..kalau tk caya tengok ler pejabat2 kerajaan kat sini..pejabat buka pukul 9.00 , jam 11pagi, ada lagi dok mengucai syai (tea )..baru buka (koyak) roti eisyh (pitta), dengan tomiah dng phool..polis trafic menyempat lagi buka meja tepi jalan sambil kunyah roti...Bila tanya ," baru nak makan pagi ni", walhal jam terpajak 12 tengahari dah.. time nie mmg berebut2 pakat keluar ke kedai tokmiah..tk kira ler..bawah pokok, gerai tepi jalan..janji ada phool... lawakkan, jadi mana brekfast mana lunch pun tk reti dah..jam 3 ptg semua bereh , kalut pegang beg / kasut nk balik..kalau lambat seminit jer, nasib ler ada jer yg bunyi "bukroh2 , ghaiy thani " (esok mai lain,) banyak ler ko punyai mai...

Last sekali esok2 dah jadi seminggu, puncanya sebab dok asyik kunyah eisyh ngan kucai shai (tea) jer...tension aku..pastu bila ler nak selesai nie...patut ler ada tunggu slpas subuh lagi...tp subuh tu awai betoi ooiii.
Zuruf ( sausana persekitaran) di sini, pas subuh titun balik...pastu mula ler terkejar2 , merempit2 atas jalan, time pejabat kul jam 9.00....dengan penumpang2 sekali tekan break..relex beb ...ada juga sepanjang malam tk tidur... panassss..siang hari kaber habisan...pastu kija bila nk siap Ya Ustazzzz...!!..Grrrrr...(sorry yerk nk lepas geram jugak, mcm orng lain naik minyak , sbb minyak naik )






"ENGLISH MUFFINS "..resepi dari blog kak Maisya, dari Mamafami, oleh Alex Goh..nak habiskan suji yg berbaki skit lagi tu..memula mcm tk caya jadi ker tk nie...tp bila dh try ha'aa..ooo...ermm , best, lembut dan sedap..sorang makan 2 ketul..buat inti scrumble egg, ngan tuna nasi kerabu tu ler... , muffin nie bakar atas pan jer..

Code:
MUFFIN INGGERIS
Sumber : Mr Alex Goh

Bahan-bahan :

(A)
1 1/2 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
300 g tepung roti
15 g susu tepung

(B)
180 ml air suam

(C)
1/2 sudu besar mentega

(D)
Semolina untuk menyalut

Kaedah penyediaan :

1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun. Hidupkan mixer.
2. Tuangkan air ke dalam tepung, sedikit demi sedikit hingga tepung bersatu.
3. Masukkan mentega dan uli hingga lembut dan licin. Tambahkan sedikit air lagi jika dirasakan perlu.
4. Masukkan doh tadi di dalam mangkuk dan balutkan dengan beg plastik yang bersih. Biarkan doh naik sekali ganda.
5. Bahagikan doh kepada 8 dan bentukkan menjadi bebola kecil.
6. Salutkan dengan semolina dan susun di atas dulang yang telah ditaburkan sedikit tepung.
7. Biarkan naik selama 20 minit dan bakar di atas kuali kalis lekat dengan api sederhana selama 7 minit. Balikkan dan masak lagi selama 6 minit. Sejukkan di atas redai dan sedia dihidangkan





Yang nie dh lama terperap.. dah ikut thema....jalan jerlahh...beberapa hari selepas buat cream puff hari tu, kakak asyik dok sebut nak suruh mama buatkan lagi..tp tahap kemalasan melanda , nk buat inti puff ..so, buat jerlah"FRENCH CRULLER"..methot dia sama jer dengan cream puff..tp yg nie versi manis skit pastry dia..tk pernah makan dan tengok pun..tp menurut Kak Maisya ..donut nie lembut dan kembang selepas di goreng ,cumanya agak oilylahh...setengah adunan lg dibakar..dah mcm cream puff ler plak..belasah jerlahh..tk letak apa2 pun makan gitu jer , sbb dah manis..malas pun yerk so, menjadi ler kot.

Code:
French Crullers, sumber skyblue

Bahan-bahan ( 12 biji )

* 1/4 cawan gula halus
* 1/2 sudu kecil garam
* 1/4 cawan shortening
* 1 cawan air
* 1 cawan tepung gandum yg telah diayak (115gm)
* 3 biji telur
* 1 sudu kecil vanilla esen
* Minyak untuk mengoreng

* Frosting: gula, chocolate, cinnamon... ikut citarasa.

Cara-cara

1. Panaskan air dalam periuk kecil, masukkan gula, garam dan shortening.

2. Bila air dah masak, masukkan tepung dan kacau sehingga tepung dah masak dan jadi doh.

3. Angkat periuk dari dapur, kalau terlalu panas biar sejuk untuk 5 minit.

4. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat sehingga sebati.

5. Masukkan doh ke dalam piping bag. Guna tube bintang (nozzle), pipe kan doh (buat bentuk bulat) ke atas potato masher yg dilapis dgn aluminium foil.

6. Panaskan minyak. Masukkan donut ke dalam minyak dgn potato masher sekali. Goyangkan potato masher, donut akan terapung dan goreng sampai perang.

7. Bubuh icing atau chocolate megikut rasa. Dihidangkan panas-panas.






Scone nie saja2 nk try...tk silap dr fp Kak Nor..best juga senang jer..

Code:
Resepi ini noor
ambil dari majalah Rapi keluaran 15 mei .

Plain Scones

Bahan bahan:

2 cawan tepung biasa ( atau tepung all purpose )
½ sudu the soda bikarbonat
1 sudu the krim tartar
¼ cawan mentega atau majerin
2 sudu besar susu
2 sudu besar air
secubit garam

Cara Penyediaannya
1.Masukan garam, soda bikarbonat dan krim tartar ke dalam tepung. Gaul sebati. Tambahkan mentega atau majerin.

2.Perlahan lahan masukan susu dan air. Gaul sebati sehingga doh menjadi lembut.

3.Canai doh di atas alas yang telah di tabur sedikit tepung. Bentukkan scones mengikut citarasa anda.

4.Letakkan scones di atas dulang pembakar yang telah di lenserkan dengan sedikit mentega.

5.Bakar pada kepanasan 230 darjah Celsius lebih kurang 10 minit.

**..Cutter Bulat tu mama pinjam kanta mainan sofwat..wakakakaka (nie ayat untuk kenangan peribadi **






Bila tahap malas gaban melanda, kueh nielah paling best....tp klu nk tau kueh jenis kena menepek kt pan nielah yg paling malas gue nk buat...nak habiskan satu adunan mangkuk tu seksa yg amat..nasib baik ada gaban .., resepi dari blackmore..tuan asal Makcik seksi Nigella, pancake nielah yg paling sedap..cukup pakej mcm tuan asal dia kot ...

** Resipi nanti dulu yerk**

Code:
PANCAKES
Source: Nigella/ Blackmore (FNR)

Bahan-bahannya
100 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh gula
1 biji telur
125 ml susu segar
1 sudu besar mentega cair yang telah disejukkan

Cara-caranya
1. Tepung gandum, baking powder dan gula disatukan. Masukkan telur dan susu segar dan kacau adunan sehingga sebati dan rata.
2. Kemudian masukkan mentega cair dan kacau rata.
3. Panaskan kuali non-stick, sapukan sedikit mentega dan sendukkan adunan diatas kuali dan masak macam kita membuat pancake seperti biasa.
4. Angkat dan hidangkan.


Saturday, 31-May-2008 09:51 Email | Share | | Bookmark
Cara Menambat.

 
 
 
View all 8 photos...

Oklah..kita layan pic minggu2 lepas ... Bak kata Uncle Jeff..warna memainkan peranan dalam makanan...supaya nampak sedap dan menarik., boleh " menambat hati ", specially budak2 macam sofwat adik beradik nie kan...

Tapi kalau dah besaq macam abah..kena ler tambat mcm lain plakkan .... Abah kata nk balik rumah setelah berminggu2 di luar..rasanya lama jugak ler abah keluar kali nie..dunia sekarang takder yg rasa jauh atau lama..kalau berminggu pun masih terasa dekatnya, ditemani dengan telefon tak pun berYM ...kakak sofwat lebih suka berYM dengan abah meluah perasaan rindu dua beranak tu di depan PC jer..suka sangt bila dpt main2 icon kt Ym tu dengan abah.

Abah tak jadi nak tunggu....urusan selesai, kata abah , abah dah kena tambat ,..ingatkan apa yg ditambat nya? , rupanya dah rindu benar dengan masakan kt rumah...almaklum ler abah nie, bukan ler cerewet sangat bab makan..tapi nk biasakan dengan masakan orang, tu yang susah....sebab tu kami nie jarang sangat dapat makan kt restoren kat sini...(alasan abah ler tu) walhal belambak jer restoren best2 kt sini.

....Selain tu , mama pun satu...orang lain sibuk2 berkirim gambar ..lepaskan rindu..yg mama pergi hantar gambar makanan saper suruh, mau tak meroyannya abah ,. ..mentang2 ler abah tinggal dengan Ammu ...masak dan makan biasa2 aja..almaklum ler sekarang semua orang tengah BZ examkan...Apa2 pun syukur, alhamdulilah makan free, tempat tinggal dan layanan yg baik2 dari Ammu kt sana .

Ok kita layan pic makanan yang telah di delivery untuk abah yerkk..


NASI KERABU ..sehari lepas abah pergi.. ini gara2 abah "berhutang" dengan kami makan nasi kerabu kt Bazar Mansourah sensorang....so, apalagi kira balas dendam lah nie..,Nasi kerabu nie ltk pewarna biru dan 2 kuntum roselle kering..tp terlebih biru dari rosellenya. Ulam taruk jer apa ada...solok lada dengan sambal nyiur tu , letak tuna tin jer..Huh layan msyuk kitaorang makan..ada keropok ikan dari Mamasya..thnkQ mamasya..pasni berhutang plak dng abah lepas exam kena bayar cash balik.



Nasi kerabu perantau...Ilham Myresipi, ikut method sendiri jer

NASI

* 4 cwn beras
* 1 sudu kecil garam
* 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
* 2-3 titik pewarna biru
* 2-3 helai daun limau purut
* 1 btg serai-diketuk

Cara-cara

Masak nasi:-
Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.

SAMBAL TUMIS

* 5-10 biji lada kering
* 1/2 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1cm halia
* 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit..........tk ltk pun
* 200ml/ 1/2 tin santan pekat
* 2 btg serai
* 2 keping asam gelugur
* 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan...........tk ltk
* garam dan gula melaka

Sediakan sambal tumis:-
blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak

SAMBAL IKAN

* 1 ekor ikan kembung- saiz besar
* 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
* 2 ulas bawang putih
* 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
* 1 batang serai
* 1cm halia

Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa.
Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

SOLOK LADA

Bahan
10 biji lada hijau [dibelah jangan sampai putus dan buang biji ]
5 ekor ikan selayang atau ikan kembung kecil [ambilkan isi saja]
1/2 cawan kelapa parut [ambil putih saja]
3 ulas bawang merah
1 s/k lada hitam kisar
garam

Cara membuat:

1. Tumbukkan lada hitam dan bawang merah.
2. Masukkan isi ikan dan garam. Tumbuk sehingga isi ikan lumat.
3. Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi.
4. Masukkan bahan tumbuk dalam perut ikan. gaulkan rata.
5. Masukkan bahan yg ditumbuk dan masukkan dalam belahan cili yg teah dipotong tadi
6. Susunkan dalam kukusan dan kukuskan selama 30 minit.
7. Bila telah masak susunkan dalam pingan dan hidangkan.

ULAM

* kubis
* timun
* taugeh
* daun kesum

Hiris semua sayur dan gaul ratakan.

Bahan lain- optional

* telur asin
* bawang jeruk
* ayam goreng kunyit
* sambal belacan





Pagi esok Breakfeast Kue Pau Kaler2 lagi..pau nie dah jadi juadah kami setiap bulan sebab abah suka sangat kueh Pau , tp sejak ada baby nie dah tk jadi monthly dah..first mama buat inti daging dan first time makan pau inti daging. Sebab Pau nie jenis tekap2, takut plak teburai..tu yg buat inti daging tk berair skit, nk banding dng inti cecair yg lain...Resepi feberet Pau Cranko..tp dah tk letak Double Baking..letak Baking powder biasa jerkk..menjadi jugakk pun..cara2 nk buat boleh tengok kt Blog Maisya




Oklah yang nie plak Resepi asal Apam Makmar Pokchik Mat Gebu..yang di kembangkan oleh Maklang, dan berjalan ke seluruh forum2 sehingga ler kerumah fp Ibu2 sekalian ...cuma kt rumah sofwat ada beza skit jer..mama tukar esen vanilla kepada " wardah" (air mawar)..so, jadilah Apam Rose..dah di beritahu letak dalam acuan besar,..yg sempit tu jugak yg nk letaknya..last, tersembur keluar sebijik plak mcm bunga rose..so, sah2 ler Apam nie namanya Apam rose...hehehe, sedap sangat apam nie...leh buat jual nie.

APAM MARMAR @ APAM ROSES...Sumber: Ah Mat Gebu

bahan-bahan:
250 g tepung berserbuk penaik
200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Perwarna purple dan merah

cara membuatnya:
- Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
- Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
- Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan merah dan satu lagi purple.
- Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan purple secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
- Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan.
- Biar sejuk baru dipotong.






Mama dah malas nk keluar cari barang..kita masak jerlah apa yang ada di dapur..tetiba dtg idea nak makan mee celup , nie gara2 berjalan ker fp Mamasya ler...tp nie bukan mee celup biasa tu tau, kita punya dh koner baring..ntah apa yg celupnya tk surelah...konon nak gelek mee..sekali tergelek kue tiaw..jadilah kue tiaw kuning..gasak lerkan..kebetulan hari yg sama kawan pakchik datang..Student PATTANI..rasanya ,oklahkan..orang siam suka masakan macam nie....last time abah calling jd balik..dah nak sampai pun..kesian plak lauk dah kering , camner nk masak nasi buat lauk pauk...." Mee Celup jer ada", tak sangka plak abah cakap "mee lah ok, toge ada...?" ,..sebab memang dah rasa mcm mama buat mee pun"......
"Toge ada baru jer tuai , "
taugeh tu ikut tips Kak Anum , alhamdulilah menjadi ,huh!!....berpinggan2 abah tambah,...hilang penat lelah menggelek homemade kuetiaw, hari ini......Ermm tambat ,menambat, tertambat ,ditambat juga akhirnya..

KUE TIAW MEATBALL.


* BEBOLA DAGING:

Bahan untuk bebola daging:

* 500g daging cincang
* 50 g tepung jagung
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar serbuk lada sulah
* ¾ sudu kecil garam

Cara membuat:

Campurkan semua bahan-bahan kacau hingga sebati.
Bulat-bulatkan mengikut size yg sesuai. Ketepikan

Bahan untuk kuah

* 1/2 kilo Daging hiris nipis rebus bersama 3 liter air
* 1 ketul kiub pati daging
* 2 sudu kecil kicap cair
* 4 ulas bawang putih }dicincang halus
* 3 biji buah pelaga
* 1 s/k jintan manis
* ½ sudu kecil serbuk lada sulah / hitam
* 1 sudu besar minyak masak
* garam secukup rasa
* 2 batang celery } dihiris nipis
* 2 tangkai daun bawang }dihiris
* 3 tangkai cili merah/hijau } dihiris nipis
* sedikit bawang goreng

Cara membuat:

1.Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan air, kuib pati daging,kicap cair, buah pelaga, jintan manis,serbuk lada sulah, dan garam.
2.Setelah mendidih, masukkan bebola daging tadi hingga terapung.
3. Setelah daging terapung masukkan celery.
4. Untuk menghidangkan, masukkan mee hoon , daun bawang, hirisan cili, bawang goreng dan cili jeruk.
5.Tuangkan sup dan bebola daging atasnya.
6.Hidangkan panas-panas.


Tuesday, 27-May-2008 11:59 Email | Share | | Bookmark
TaG...ALhamdulilah tertunai sudah.

 
 
 
View all 6 photos...
Sorry yerkk..lama tk menjenguk masuk..kesian kekawan mama, jamu sekut kering jer.. ..ok selesaikan dulu kerjarumah .TAG dari MaMaAina


Code:
Mentang dah tinggal zaman sekolah malas betoi mama sofwat nie time kawan2 bagi homework no..jangan ikut jer perangaicomel mama sofwat nie..

Ok nie TAG dari MamaAina...kita jawab waktu malam jer..sambil2 berupdate FP.

1 minit yang lalu, ape anda buat?
Tidurkan achik yeena, terjaga dari tidur tengok mama tkder sebelah..( apalagi curi2 pegang PC ler), sambil2 doa untuk yeena...sembang2 pastu tidur balik...mama, huh lega.

1 jam yang lalu, ape anda buat?
Kasi anak2 dinner..lapar kot selalunya takder yg nak makan malam pun..dan ingatkan adik suh kunci pintu, sbb ada kejadian pecah rumah di Haiyu Asyir...,kebetulan abah OS sekarang , (kejadian biasa..kalau musim panas..sasaran rumah Orang2 Melayu), sambil layan food show .

1 hari yang lalu, apa anda buat?
Takder apa yang menarik..buat kija2 hubby di internet..chat dengan hubby....hentam2 sayang skit suh buat yg terbaik exam tu...pergi kedai, cari barang....

1 jam lagi, apa anda akan buat?
Ngadap komputer je ,sambil2 layan torrent siap ker dk lagi...klu sempat surfing yg patut..tk pun edit pic...tk pun susun fail campak mana tk perlu..buat berat hard disk..nie kija boy girl tu ler..

1 hari lagi, ape anda akan buat?
Entahlah..belum ada perancangan apa2..kebetulan hubby tkder....maybe macam biasa..masak, makan, buat kija rumah, kija hubby kt internet..layan anak, TV mmg tk ngadap..kecuali sebelum anak tidur layan drama arab..best jugaklah...dpt bahasa skitkan.

1 orang yang terakhir sms kamu?
Sure ler my dear...

1 orang yang terakhir menelefon kamu?
Jiran , lain kawasan Student Singapore

1 makanan yang baru dibeli?
Beli beras amber (araomatic)..

1 barang yang baru hilang?
Alhamdulillah, takder

1 cerita yang baru ditonton?
Cerita Arab kt TV Drama "cerita nta apa2 ..tk berapa faham sebab, bab2 orang kampung arab nie..poning skit" ada ler tahyul skit,pekebanda..cuma layan sblm anak tidur jer..sambil citer kt kakak sofieyya, pengambaran drama di buat di Iskandariah..tempat lahir kakak.Iskandariah sebuah negeri yg cantik di egypt nie terkenal dengan lautan meditrenean (bahru awsad abyad)..
..bla, bla.. senyap.

1 hal yang terakhir digosipkan?
Gossip , dengan hubby kt Ym tentang pangai arab dan mat itam (orng africa) kt sini yang suka buat dajal kt budak2 malazie( malaysia) nie..maybe kita nie lembut skit kot sbb tu senang sngt kena buli..
Hubby citer..rumah kawan dia yg kena pecah.....perompak tu dapat ditangkap..bawa pie balai..polis buat bodoh jer bila kita orang asing report..siap kena belanja polis makan roti, tea dulu..baru settle..oleh sebab ada ganguan sakit gigi tadi..gossip tu di berhenti setakat tu saja...sorry yerk.

1 kata yang ingin diluahkan..?

My dear hubby...buat ler yg terbaik demi yg kau cintai..saper tu ? sudah pasti engkau tahu.....maafkan akan segala yg membuat dirimu kurang selesa, sesungguhnya diriku tetap mengharap apa yg kita cita2kan..dan semoga berjaya apa yg dirancang tu....my dear habibty ..mama risau dan takut dengan dugaan dunia hari ini..mama berharap benar..mudahan2 ananda semua dijauhi dan terselamat dari tipu daya duniawi skrng...

1 buku yang sudah dibaca?
Majalah Rasa bulan Mei Maskan Indonesia kt Online jer.

1 penyakit yang sering datang?
Takut jugak dengan sakit2 nie..harap sakit2 yg ada macam pening2 ,biasa2 jer..hisab sekadar untuk peringatan dan tanda kasih sang pencipta dengan hambanya...mudahan rajin zikir2 ingat2kan Nya.

1 keinginan?
Macam orang lain..rasa ingin ketenangan zahir dan batin....

Ok sorry yerk mamaaina..sue tk panjatkan kepada sesipa..rasa2 nya ramai dah kena kot TAG nie..huh lega...










Kalau tak silap mama ada citer tentang kedai gambar FujiFoto Ammu Salman yang di ambil alih dari owner lain..hari tu Bawwab Fathullah kata, kedai gambar tu akak dibuat studio..,rupanya studio tu kedai cuci gambar..tp oklah kedai nie, ada perkhidmatan untuk camera digital....senang ler skit, selepas nie kalau rasa nk cuci gambar..dekat ler ...








Oklah, minggu lepas sofwat dengan kakak ada tengok orang pasang2 lampu neon panjang2 di balkoni rumah..sebelum abah berangkat keluar..mama kata malam nie kitaorang tk boleh tidur awal punya ..sure gempak dan gamat giler kawasan rumah ..kalau ada rezeki dapat ler tengok tarian gelek free..~ahak~..ermm..rupanya2 pada hari berkenaan, tak jadi nk celebrite ..patut ler sunyi sepi pun petang selepas abah keluar..tengok2 dah clear..ingtkan sekejap jer diorang pasang lampu tu tanpa ada selebrite apa2.... agak meriah jugak ler kedai tu..siap tengok dapat bunga bouquet besar2 gitu.





Seminggu lepas tu..aaikkk, sekali lagi nampak lampu neon tu tergantung2 berjuntai2 di balakon rumah kitaorang..sekali nie lagi meriah..lampu di pasang sehingga penghujung simpang...ooo..rupanya minggu lepas tk jadi rasanya...., mama izin kami adik beradik2 ke balcony , dengan beberapa syarat boleh kalau nk tengok apa yg pak arab kat bawah tu buat dan sibuk2 ,sediakan "farhah " untuk pembukaaan kedai baru malam tu..






Di Mesir , sausana macam nie sudah biasa, selalunya farhah atau apa2 majlis dibuat hari khamis malam jumaat , start selepas maghrib dan berakhir jam 12.00 malam ..pastu semua2 tu kena stop ler..oleh sebab dekat kt bawah rumah jer jadi teruja sofwat adik beradik nie...suruh mama ambil gambar sekadar kenangan aktiviti biasa masyarakat arab sini.....hebat jugaklah kedai nie... siap dengan Mc,Vj2 , radio bergrand2 sebijik cam kt disko berkelip kelap sana sini....kira bingit dan bergegar jugak ler rumah kitaorng....ada Maskot lari2 ditengah jalan kasi risalah kedai untuk promotian kot....kakak siap marah2 lagi..naperlah berani maskot2 tu ke tengah jalan..hulur kertas menggangu kereta2 lain ....,sebenarnya selain hulur kertas diaorang tu akan juga akan diberi tip " baksis "....apalagi jangan lepas peluang lerkan.


Ermm..seharian kami melayan pak2 arab memasang lampu , maskot anginlah ...masuk jer isyak ..mula ler ngantuk sangat2...dalam dum dam dum dam tu...rupanya tertidur juga kitaorang.....walhal farhah tak habis lagi....puas mama kejut suruh bangun tengok "Arusah" (pengantin Arab) bergelek, bergambar... ..tp sayangnya mama pulak takder kuasa nk ambil kamera masa tu....layan gambar pengapit nyanyi sebelum tu jerlah yer. ..nampak kat gambar macam tk ramai orang...bila nak penghujung majlis tu bolehlahh....tp sausana kenduri kt Mesir nie macam biasalah hanya kaum kerabat dan kenalan rapat jer yg di jemput.


Quote:
RE: Mamasya..sebenarnya pembukaan kedai baru..kebetulan kedai tu kedai gambar..maybe ada kenalan diaorng mcm support ler bergambar pengantin kt situ.
Kat sini biasanya pengantin akan bergambar di studio kedai gambar..mcm ala2 orng cina kt mesia tu...klu bekesempatan nk rakam gak seposing dua ~ ahak~


Friday, 23-May-2008 19:30 Email | Share | | Bookmark
Creamcreaker punya cerita..Sagu ,Seri Delima,Lemak Hijau Pandan

 
 
 
View all 9 photos...
Syukran pada Achik², yang wish doakan untuk baby Sofwat adik Ahmad Sorieym Ateef...dan yang minta resipi pak tongko dan Mee muar tu dah disediakan..mee muar tu mama guna readymade jer.. , selamat mencuba yerkk..



Ok N3 kali nie kita tengok apa yang mama masak dari pemberian mamasya plak...tetiba teringat filem "Musang Berjanggut"...nasib baik mamasya kirim ikut jerlah kita nak masak apa.....maunya dia selerak2 suh cari satu2 tk makan ler kitakan....chewah..(gurau2 jer mamasya)...sprt yg mamasya cakap..kesian kt kitaorang kt sini , lama benar nak makan singgang, rendang ler..tp stok lengkuas dah habiss, dan mama sofwat sendiri pun dah lama teringin nk makan kueh sagu dan pulut kuning ,sejak peknen baby lagi..( nasib baik ler baby sorieym tak terliur ) ....setahun dah menanti....sj tk nak susahkan orang..akhirnya makhbul jg doa mama..aminn..alhamdulilahh.

So, ikan bilis yang mamasya kirim tu, dibuatnya sambal tumis makan dengan nasi lemak hijau pandan Kak Yah..huh best tk terkata jadi hulk jugalah kitaorang mcm achik shima kt Uk sana.....masa nk posing snap mcm tkder mood..suh kakak sofieyya jerlah, ermm...ermm ada bakat gk lah anak dara mama nie siap buat prensentation daun pandan..so, bolehlahkan....nah kakak pic , akak dh masuk tenet.




Ok nie Kueh Sagu..huh nyaman sekali Syukur Alhamdulilah..part nyok parut tu jangan tergelakkan mama kitaorang yer..kalau tok tengok maunya dia kata penyegan ya rabbi...." kasaqnya hang paghut"...nak buat camnerkan, tak dak pemarut nyok kt sini , hentam jerlah parut cheese tu.....Buah Nyok tu mama beli atas Metro sebiji dekat 4 geneh jugak ler..nak rasa nikmat kesedapan sagu dengan nyok freshkan pejam mata ambil jerlahh..tp hampes gas betoi..tkderlah cun sangat..klu kt Malaysia sah2 tk jual atas supermarket benda2 camtukan..nak buek camno..sobar2...So, nampak kasaq2 tu lihatlah ia sebagai satu seni..jd takderlah masaalahkan.



Code:
Serimuka Delima.....resepi asal dari Aziemas@myresipi.com
Bahan-bahan ( 24 cm x 2inci )

* (A) 250 gm beras pulut - direndam 4 jam @ semalaman
* 150 ml santan pekat
* 150 ml air
* 1 sudu teh garam
* 5 gm sago warna merah - direndam & ditoskan
* (B) 150 gm gula kastor
* 50 gm tepung kastad
* 200 ml santan pekat
* 200 ml air
* 2 biji telur - size A : dipukul rata
* Sedikit esen vanilla
* Secubit garam
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Toskan pulut yang direndam, masukkan dlm bekas
2. Masukkan garam - gaul rata
3. Tuangkan santan & air - gaul mesra..kukus 30 minit
4. Setelah pulut masak, masukkan sago merah..jgn gaul rata
5. Tekan pulut hingga mampat dlm loyang..ketepikan
6. Bahagian atas - satukan tepung kastad & gula kastor dlm periuk
7. Masukkan telur yg telah dipukul rata, garam, esen vanilla & pewarna kuning
8. Tuangkan santan & air - didihkan semua bhn td hingga pekat
9. Kemudian tuang dlm loyang berisi pulut td...kukus 30 minit
10. Dh pun siap..tp tunggu kuih benar2 sejuk br dipotong

** Mama kena kurangkan skit air.terlembik skit hari tu**



Yang nie plak Serimuka Delima..saja nk cuba2 nampak macam sedap..ok jugak ler..tp sayang gambar yg dipotong terdelete..tinggal yg nie jer...

Ok, untuk new experiment , sebenarnya dah lama nk try..bukan apa..klu kt Malaysia rasanya murah sangat Biskut 4 Segi nie...dulu2 ler , sekarang tk sure lah..teringat ayah klu beli bukan pek kecil jer..nah setin besar tu dia buat balik..berebut kitaorang makan..kena plak time hujankan fuh sedap betoi buat cicah ayaq kopi...
Bila dok sini nk jeling2 jerlah price boleh tahan , itu pun bukannya selalu ada....maknanya mahal pun ttp orang belikan..sebab sedap...pernah beli juga ler, time tu ngada2 pun dapat , dekat nk delever baby..dpt ler merasa dlm pantang ,tu pun takat 2 minggu jerlah..hehehe..




Code:

Cracker bread

Recipe for 100 crackers:.......klu ikut yg dlm resepi maybe kot..tp sue buat standart mcm selalu..bnyk gak ler 2x makan, kenyang kembang cicah kopi

* 3 cups Stronghold flour }.tepung biasa kt sini jer..strong ker tk tau ler.
* 1/2 ts Salt
* 2 ts Baking powder } ltk d. baking, yg biasa habiss...rasanya tu sbb tk berapa crak.
* 3/4 cup water
* 1/4 cup Melted butter } ltk olive, jer....time nk buat tngk butter dh clear..

Into a medium bowl measure the flour, salt and baking powder. In a small bowl, emulsify with a fork, the water and melted butter. Combine the liquid and dry ingredients well with a fork, then let the dough rest to absorb moisture.
Lightly flour a rolling pin. Roll the dough out into a 22- by 14-inch rectangle, about 1/16-inch thick. Using a fork, prick the dough all over to release trapped air and keep the dough flat. With a pizza wheel or sharp knife, cut the dough into 2-inch squares or other shapes, or cut shapes with a 2-inch cookie cutter.
Using a spatula, transfer the crackers to the prepared baking sheets. Bake until the crackers are light brown and firm to the touch, 15 to 20 minutes, switching the positions of the sheets halfway through the baking time. When the first two sheets are finished, remove them, and bake the third one as directed. Cool completely.

Creamcraker

1 cup flour
1 tbsp sugar
1 tsp baking powder
1/2 tsp salt
2 cups quick rolled oats
1/2 cup softened butter
1/2 cup milk

sift dry ingredients together;
cut in butter thoroughly ( I did this all in my food processor);
gradually add milk until dough is formed;
roll dough on lightly floured surface to 1/8 thickness; (I let mine chill in the fridge a couple of hours before rolling)
place on greased baking sheet at 375 for 12-15 minutes or until slightly browned; (i rolled out the dough and cut into circles using a small wine glass, and re-rolled scraps...

** Kalau tk salah sue buat resepi yg atas..lepas2 nie nk cuba yg resepi bawah tu**



So,akhirnya dengan jaya dari hasil surfing dapat jugak ler membuatnya..nielah Roti Aka Biskut CreamCraker...nikmat tk terkata bila dapat cicah dengan ayaq kopi..setahun jg maa...baru dpt makan balik nie....cuma kurang skit lemak sbb buat apa yg ada kt dapur jer..nk experiment brng tk cukup apadah..nie gara2 idea terlebih vitamin..so, kesimpulannya ok sesangat ler..nex time nk try pesyen ltk gula..dan ltk skit t. jagung ker kasi rangup lagi..tk pun klu yg ada emplak tu ok gak kot..yg penting biskut nie kena potong betoi2 nipis , potong dengan pemotong pizza tu..ok gak ler..sebab adunan dia agak lembut..tp time buat tu nk cepat , malas nak nipis dan segi2kan, ikut jerlah......almaklum lerkan rumah kitaorang nie ada " Radio"..Dj terlebih gaji...time ok, ok lahhh.. .........


Dialog abah ngan mama...

MAMA: " Abah, cuba teka roti apa...?
ABAH: ..sambil garu kepala..(belum pegang ,tengok dr jauh jer).."Ermm..mcm pernah tengok..
MAMA: ...( dalam hati..walla, bukan seakan2 pun tkder ker roti aku nie).."cepat ler teka."
ABAH: ..( sengeh jerk....) "tau , tp tak ingat ,apa aarr.. tu , tu, tu..mcm tu "
MAMA: " Apalah Abah nie..roti 4 segilah..orang kelate panggil sekut manyat"..teruk ler abah nie..tu pun tk ingat.
ABAH: loorr yer ker? tp bukan ROTI lah , , BISKUT....
MAMA: ...sama jerlah kami orang penang panggil biskut tu roti...( hahaha,nyesal aku sebut roti..kalu sebut biskut tadi sah2 dia kata Biskut Creamcraker cam pingpong, or untie julies tukan, )...

** Sorry yerk achik²..kalau mama sofwat lambat nk letak resipi..sebab kena belek fail, tulis kat lain , letak kat lain..almaklum ler seketeri tk bergaji rajin sungguh pindah forder.. ...yg copy paste tk tahu saper yg empunya resepi pun ada... ..kekadang up-date FP tengah malam..mamai pun ada. **


Tuesday, 20-May-2008 23:47 Email | Share | | Bookmark
Pak Tongku , Pecal, Cream puff..ermm..Mee Bndung Muar

 
 
 
View all 6 photos...


Masih ingat dengan taugeh ya Ammu Ali kasi dulu tu, dan homemade tauhu mamakan?..oleh sebab pc mama wat hal..so, banyak gambar tk dapat nk upload kt fp nie..tp mcm tk best plak kan..mesti kita semua teruja nak tahu apa lah yga mama masak taugeh dari ammu Ali tu..tu belum lagi pemberian mamasya pada kami..tp coklat2 yg mamasya kasi hari tu tk sempat nk snap....ada yg kami makan ketika selebrite baby sorieym hari tu...terlupa plak nk cerita kek Lapis yang mama buat hari tu Kek Lapis Hawflakes dari Kak liza rasanya..Asam Manis Hawflakes,
mamasya kasi tk buat setengah jer..dah di ambil kita orang slow 2 dalam almari..tinggal sekerat jerlahh...mesti mama hangin punya..hahaha, tkperlah apa2 pun kek tu sedap..cuma mama kita orang nie tk sabar skit ler..last tercampur habis, dah jadi kek lapis marble jer..



Code:

MEE BANDUNG MUAR ISTIMEWA
Bahan-Bahan:
1 bungkus mee kuning - dicelur
Sawi - dipotong dan dicelur
4 keping tauhu - dipotong dadu dan goreng
Bawang goreng
3 tangkai cili merah - dihiris nipis
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili

Bahan kisar:
10-15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cawan udang - buang kulit } tk letak
1 cawan daging - rebus dan hiris nipis
½ cawan sotong - hiris } tk letak
4 sudu besar kacang tanah kisar yang digoreng tanpa minyak
4 sudu besar udang kering kisar } tk letak
4 cawan air rebusan daging
2 biji telur -
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Tumis bahan kisar hingga naik bau.( Tumis Bawang sahaja pastu letak perencah ready made) Masukkan air, sos tiram, sos cili, kacang kisar dan udang kering. Rasa garam dan gula. Apabila mendidih masukkan daging, udang dan sotong. Biarkan 2 minit. Masukkan telur dan kacau hingga pekat.

Cadangan Hidangan:
Letak mee, cili merah, tauhu, sawi ke dalam pinggan. Curahkan kuah. Tabur bawang goreng.

Tambahan:
Kalau nak pekat lagi kurangkan air rebusan daging


aiikk..sorry nk citer taugeh dah melancong ke lain plak..oklah taugeh hari tu, wajib sekali mesti ler mama buat mee, antara feberet mama...Mee Bandung Muar, pastu mama cuba buat pecal setelah tk tahan dengan pecal dari orang Dubai sana dengan Achik Shima kt Uk tu..tp bukan ler minggu yg sama menu tu..maunya kolestrol ler maa..,cuma nk citer ttng pecal nie....sbnrnya jrng sekali makan, nk kata first tk sure ler plak..tp kali tu mmg makan banyak betoi..sebenarnya kami adik2 beradik suka sayur..nak2 lagi sayur mentah..kami mmg pencinta sayur, terutama tomato carrot timun mmg makan cam gitu saja....kalau kanak2 lain tak suka sayur tp kami adik beradik suka semua sayur..kecuali sofwat jer, ada hari skit tp bukan tk makan ada hari dia macam kurang..tp kakak dan adik yeena memang tk tolak..alhamdulilah ler...cumanya pecal hari tu, kureng skit kt baby besar..hehehe..saper lagi bukan abah kita..abah kata cam pelik jer nk ratah sayur..pulak dah..? nasib baik kami tk ikut jejak abahkan..

Kesian kt abah ,mama buat cucuq taugeh untuk abah.....potong cucuq ,siram kuah kacang walla nikmatnya..mcm apa yerk orang penang panggil , mcm pasembor ker? ala lupa ler plak..rupanya yang nie dpt plak perhatiaan abah..tk cukup abah makan ...mcm nak balas dendam jer sebab pecal tu tk kena taste.



Code:
Copy Paste dari sofinar@myresipi.com

Makanan yang popular di seberang perai, tak tau negeri2 lain panggil kuih apa. Selalunya buat masa breakfast, minum petang pun ok.

Bahan-bahan ( 4-5 oarang makan )

PAK TONGKO


* 300g tepung gandum
* 3 sudu besar gula pasir
* 2 sudu besar mentega
* 1 biji telur
* 2 sudu teh yis
* 50-75 ml air
* secubit garam
* kuah
* 3 genggam kacang tanah- goreng tanpa minyak, buang kulit dan blander
* 4 tangkai cili kering - digoreng dan blender bersama kacang
* garam, gula dan asam jawa
* 3/4 cawan air panas - ikut suka, jika tak mau pekat boleh tambah air begitulah sebaliknya

Cara-cara

1. pak tongko - campur semua bahan kecuali air dan gaul dengan tangan sekejap.
2. masukkan air dan uli hingga licin, perap 30 hingga 45 minit
3.canai pak tongko lebih kurang 1cm tebaL dan potong dengan pisau mengikut bentuk kesukaan anda
4. panaskan minyak, dan goreng seperti menggoreng kuih donat.
5. kuah- campur semua bahan dan kacau hingga sebati
6. Jika tak suka kuah ini bolehla di makan begitu saja ataupun cicah kari atau lain2 pencicah


Balance kuah kacang minum petang semalam...breakfeast esok pagi....buat pak tongko @ cucuq kembung or cakoi, tk silap achik Madiha ada buatkan..rasanya beza cakoi dengan pak tongko nie, cakoi lebih berongga kt dalamnya dari pak tongko nie...kedua2 mmg sedap..mama lebih prepare pak tongko ni.... selalu sangat makan kot....sebab feberet tokwan Hasyim.

Sebenarnya ada lagi lauk -pauk berasa tugeh tu..almaklum ler sayur nie tk tahan lama sngtkan..so, di buat sayur, goreng dengan makaroni..tkder ler plak nk snap pun..sbb dah pernah letakkan..dan simple jer yang di tayang pun.






Cream Puff... menu terbaru 2/3 hari lepas..tk syok plak masuk menu lepas2 jer..mcm dah basi jerk.. , cream puff nie terlebih kuasa, letak pewarna hijau pandan..inti kuah kastard dan whip.cream..paip jer masuk dlm perut puff , senang tk yah nk belah2, ..seketul terus masuk mulut, tk berlemuih skit mama kata...

**Pesanan Dari Pihak Penaja..saper² yg berdiet tu jangan gerun ler yerk.. , menu2 di atas tu bukan dalam minggu yg sama yerk..ada yg dah berbulan² pun.

Code:
ok resepi dari yani Myresepi ...sue doublekan adunan asal.

Cream Puff
Bahan-bahan ( 10 biji )

* 100ml air
* 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
* 60g tepung gandum- diayak
* 2 biji telur

Cara :

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
5. Biarkan sejuk. masukkan telur sikit demi sikit & putar hingga sebati
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang yang telah disapu mentega. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

**..kalau nk buat kaler2...letak selepas masukkan telur..agak2 lah yer..nk 2 warna..bahagikan doh tu.**

INTI
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

* 1 sudu besar tepung
* 1 sudu besar tepung jagung
* 4 sudu besar gula
* 200cc(1 cup) susu segar
* 1 biji telur (L size)
* 1 sudu besar mentega

Cara-cara

1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.

2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.

3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.

4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.

**utk inti, saya gantikan tepung jagung dgn tepung kastad


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net