TeRiMa SeAdaNya.........
Image Hosted by FileHive.com
By: SOuLha CaiRo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Thursday, 21-Feb-2008 17:44 Email | Share | | Bookmark
My Hon3y's Birthday

 
 
 



Sebelum nie mama pernah citerkan,bertangguhnya sambutan untuk birthday abah 4hb yang lepas,atas sebab beberapa hal yang tk dapat di elakkan..kalau ikutkan abah,tak perlulah mama susahkan diri..tapi kakak sofwat asyik sebut jer bila mama nak buat kek untuk abah..anak abah ler katakan,..runsing dia kalau tk buat kek untuk abah.........ala,bukan nak kek birthday abah sangat..tp kakak tu memang teruja sangat kalau dengar kek2 birthday nie..tambah2 kalau boleh main aising,buttercream nie..tak gitu kakak,

tapi sofwat pun suka juga..sbb lama juga ler mama tk buat kek...so, semalam seharian kami dok round dapur mama,sampai bosan mama lihat..tp sebenarnya bukan kek yang kami teruja nak tengok,nak tengok apa yang mama belek..ooo..rupa2nya mama dok mengentel nak buat "lebah"..

awal2 lagi kami dah faham.."B33" nie mesti untuk kek abah..sebab abah memang sinonim dengan L3B4H ,or m4du-l3b4h ,,cuma tk tahu kat mana diletaknya..mama suruh akak buatkan sama....tolong letak wings lebah tu jer..wings tu mama guna almond flake..almond tu mama abik dalam helwah thohinah tu jer..sbb mama belum jumpa lagi kedai yang menjual almond flake..tp kira oklahkan..
masa mama buatkan kek nie abah tidur..bolehlah suprisekan untuk abah,dah lama tertunggak birthday party abah..tp ringkas jer kitaorng sambut..makan2 jer..bersama2 nasi hadratul-maut..yang abah beli semalam..hehehe..mama modife shalathoh dia jer..ermm best..


UNTUK ABAH...






SEMOGA ABAH SENANTIASA DALAM RAHMAT ALLAH..berjaya atas cita2 abah yang abah impikan...diri abah umpama lebah..membawa penawar untuk kami..tp bukan bawa MADU untuk mama yer..kikikiki,(gelak x ikhlas dari mamasofwat)



Ok saper nak cuba nasi Mandy @ nasi hadratulmaut ...mcm entry lepas2..RUZZ HADRATUL-MAUT ..nama sebuah restoren kt sini yang dan sinonim dng nasi nie..nasi nie mmg nampak cun..tp ringkas sangat lebih kurang macam nasi daging, klu ditambah tomato jadi cam nasi tomato..arab panggil KABSAH...klu nak cuba boleh saja..dan tambah jer apa2 bahan yg kita suka..

Code:
Beras Basmathi
1 kilo @ seekor ayam
Minyak sapi
Bawang Besar
Bawang puteh
Kulit kayu manis
cengkih
pelaga.
Daun bay
Kiub ayam
Saffroon / tkser boleh ltk lunyit jer.
Garam

Memula basuh ayam dan beras, cuci macam biasa..rebus air masukkan ayam kira2, 45 minit atau ayam empuk ler..potong ikut kesukaan..klu nak potong dulu pun tkper.Simpan stok air ayam untuk menanak nasi.

Dalam periuk masukkan minyak sapi, klu tk suka tkper minyak biasa pun..tumis bawang besar,bawang puteh,dan bahan penumis..masukkan ayam tadi..masa lebih kurang 10 minit lagi,Masukkan beras bersama saffron, kacau rata .Last stok ayam dan garam..masak seperti biasa. Senangkan..

Kalau nak buat nasi kabsah..lepas tumis bawang dan bahan penumis masukkan tomato buah,puri,kiub ayam..pastu stok ayam..

**Yang nampak berseri2 tu saffron,....saffron yg elok ,(mahal) hasilkan kuning yg cantik..kt sini ada jg diorng tambah pewarna kuning keorengan (thuluq as-syam), boleh cuba campur berapa titik, merah dn kuning dalam air, masuk setitik dua air mawar..masuk dlm nasi yg ditanak...atau stock ayam.**


kek nie moist sngt2..kek yang dipotong tk sempat nak snap..batery low..aduss lah..sayang ssngt..tu ler mama benda2 alah cam gini..perlu di ambil perhatian..kan dah rugi. ,mama guna resepi "Honey Chocolate Cake"..dari Nigella Lawson's

Copy Paste jer.............



Code:
Nigella Lawson's Honey Chocolate Cake

Honey cake has a bad name, too often dry and cloying. Leave it to Lawson to come up with a honey cake that's moist and delicious, gorgeous and decadent. It's easy to make and works just fine with store-bought honey. The recipe is adapted from her latest book, Feast: Foods to Celebrate Life.

Ingredients for the Cake:

4 ounces semi or bittersweet chocolate, broken into pieces +++ chocolate cooking

1 1/3 cups light brown sugar ++++ gula biasa jer + 2 tablespoon molasses

2 sticks unsalted butter, softened +++ 250 gram

1/2 cup honey, room temperature

2 eggs, room temperature

1 1/2 cups all-purpose flour ++++ self raising flour

1 teaspoon baking soda

1 tablespoon cocoa powder

1 cup boiling water


Ingredients for the Sticky Honey Glaze

1/4 cup water

1/4 cup honey

6 ounces semi sweet chocolate +++ ganti serbuk koko,nak habiskan.

3/4 cup confectioners sugar+++ tk letak gula sbb dah rasa mcm manis kek tu..+ butter dng vanilla jer.


To make the cake:

Melt the chocolate in the microwave or over boiling water. Set aside to cool slightly.

Preheat oven to 350 degrees. Butter a 9-inch springform pan and line the bottom with wax paper. Sift flour, soda and cocoa together.

Beat together the sugar and butter, until airy and creamy. Add the honey. Add eggs one at a time, adding a tablespoon of flour with each.

Fold in the melted chocolate, followed by the dry ingredients.

Then add the boiling water, mixing well to make a smooth batter.

Pour into prepared pan and bake for one hour, or until a cake tester comes out clean. If the cake is still loose after 45 minutes, yet the top is appears quite cooked, gently lay a piece of foil atop the cake.

Cool cake completely in the pan on a rack. Remove the sides. Invert it onto a cake plate. (If the top stays just perfectly rounded, yes, flip it back over. If it sinks a bit, inverting the cake will mask the problem.) Slide strips wax paper under the edges to keep the plate free of glaze.

To make the glaze:

Bring honey and water to a boil. Turn off heat and add the chocolate. Let it rest while the chocolate melts, then whisk gently. Sift the sugar into the pan (to avoid lumps) and whisk until smooth.

Make the glaze in plenty of time to let it cool. If you put it on a warm cake or if it is still warm, the glaze will run right off. When the cake is cool and the glaze is room temperature, the honey glaze turns your cake into a shiny, irresistible confection. Slide the paper out from around the edges and serve.




Quote:
MamaFaMi~ thnk Q mamfami wish untuk abah,berkilat ker mama,kena pakai speak hitam,nasi tu mmg cantik,tp rasa kureng skit..sedap lg klu mamafami buat.
masriyah ~syukran, hehehe,mama dah mula dtng angin M..beli jerlah,terasa nak makan yg kedai plak,tp kureng ler dng taste..resepi dah tepek..senang jer..yg penting penggunaa saffron dengan ghee tu jer.
Nur ~ Terima kasih achik nur, klu tengok mmg tk sabar nk terkam..tp kena balik modife dulu baru ok,kalau nur buat sendiri lg mengamcam punya..sbb ada nasi nie tawar ,pastu hanya dibekalkan dengan shalatoh yg agak masin,cuma ayam tu mmg ok gebu dan lembu jer.
MaDiHa ~ terima kasih achik madiha wish 4 abah...hehehe,tu nick abah dari awal ceburi internet nie lg..dah lama nk buat satu kelainan..tup2 timbul idea curi dr nigella tu jg..kek nie mmmg sedap bit manis skit..kena ejas gula,sbb ada honey lgkan.chocolate glaze tu mmg power.
HADRATUL-MAUT tu,semperna nama restoren tu jer..tp mmg terkenal dng nasi nie..klu order sebut jer nama hadratulmaut,setengah tempat panggil nasi mandy..trylah ejas versi melayu..mesti best punya.
kejora ~ Thnk Q,dah tepek resepi tu, tk sempat semalam,kena buka peti besi dulu..mcm2 ada
mamaella ~terima kasih,kek tu saja digandingkan bee's and beehive,menu lain tu kedai mari jer .
boxhousestudio ~ syukran jazilan kak tun,wish my hubby, ttng L3b4h tu...gimik jer tu,tp penuh bermakna...Insyallah selagi terdaya akan soulha cuba up-date..salam ukhwah too dr soulha sefamily.
maklang ~ syukran kasiron..kilat2 tu rasanya letk honey gak kot..
KakLeen / MamaLeen ~ InsyaAllah Kullu khir..Kullu sanah wa antum bilkhir .
lee lin ~ kena hurung dengan lebah dah kek tu...sempoi jer sepatutnya guna marzipan..tk berboloi seconet sngt,soulha gaul tepung ltk colour pastu lorek2..bolehlahhhkan.




Wednesday, 20-Feb-2008 12:59 Email | Share | | Bookmark
Sinai episod- 11

 
 
 
View all 6 photos...


Nak testing upload yg berbaki semalam yess..berjaya,alhamdulilah...oklah layan2 pic kat

sini plak..ramai yang suka pic matahari terbit di atas Jabal Musa @ Thur Sina..layan best yer....







oppss..sorry yer,ada yang terlepas brek tu..sbb tkder saper yg angkat tangan .. sofwat

dengan mama nak citer skit..dari Jabal Musa , kt situ juga ada maqam Nabi Allah

Saidina Harun,saudara bagi Nabi Allah Saidina Musa..dan juga Nabi Allah Soleh, dan jangan terkejut juga yer..dekat2 situ terdapat juga church or biara ,dikenali

JABAL SOFSOFA @ BUKIT PUTEH (PERAWAN) dlm versi omputeh boleh dikata
agak femes juga ler church nie..dan pernah membuat beberapa sambutan hari besaran

bagi bangsa nasrani..Di kenali dengan Biara "St. Catherine's Monastery,"




Pic Dari Internet



So,kira semua bangsa ada lah kt sini..Islam,Nasrani,Yahudi...itulah kelebihan bagi

negara Mesir..dan segalanya2 ada di sini..dan Allah s.w.t telah ilhamkan semua citer2

benar ini di dalam Quran untuk kita hayati..bahkan renungi sekali dan teruskan pencarian dari sudut ilmu kenal diri...




SebenarnyaThur Sina itu ada dalam diri masing2......








Wednesday, 20-Feb-2008 01:39 Email | Share | | Bookmark
up-date trip sinai

Ok sofwat nak citer tentang trip pakchik sofwat ke Sinai baru2 nie,ini janji

mama pada achik2 hari tu..tp minta maaf yer..klu laporan tk menarik,maklum ler mama pun tk berkesempatan lagi nak sembang dengan pakchik nak tahu citer sebijik2..pic2 kt sini berdasarkan pengalaman trip abah dan mama dulu2 untuk di kongsi bersama..lebih kurang jerlah klu dah pigi kt sana tempat cam gini yang dituju..cuma pic pakchik sofwat nie mengarut ler banyak , kena tapis seketul2..
Oklah..kita layan yer..kalau saper2 nak tanya apa2 boleh angkat tangan kemukakan soalan..


*Fp nie terlebih makan kot..asyik ngantuk jer,pic tk nak kuar ler..boring kena upload jer...


Untuk ke Sinai daripada tanah besar Afrika,kita akan melalui terowong bawah laut,dimana diatasnyaadalah Terusan Suez.Terowong ini tidaklah terlalu panjang oleh kerana Terusan Suez sendiri adalah sempit .(mcm ayat saiful apek jer)





Disini kami mendaki Jabal Musa(di puncaknya dipercayai tempat Nabi Musa bermunajat,seperti yang

dinyatakan di dalam quran) yang tingginya 2000 meter lebih,

Apapun syukur dapat jugak sampai ke puncak dalam pukul 4 pagi (kami mendaki dalam pukul 1

pagi,tujuannya untuk melihat pemandangan matahari terbit keesokan paginya)..Kita akan dapat melihat

seolah2 matahari muncul dari celahan gunung-ganang,subhanallah! pemandangan yang sungguh

menakjubkan.Rombongan kami terus mengalunkan Asmaul-Husna beramai2,diikuti oleh rombongan Pattani.

Trip kali ini kami berpeluang melihat salji2 halus dicelahan batu2 bukit,bukan mudah juga untuk

melihat salji di atas bukit,tanpa suhu cuaca yang benar2 sejuk.



Di kawasan Sinai (THUR SINA) kita boleh melihat patung lembu yang mana khabarnya pancaran

cahaya lembu emas yang melekat di batu bukit,menunjuk kebuktian Allah s.w.t. atas apa yang di citerkan

didalam Quran tentang kaum Saidina Musa (bani Israel) yang tk mahu beriman dengan ajaran Nabi Allah

Musa Alaihissalam.












Selain daripada bukit sina,terdapat juga kolam air panas,yang dinamakan HAMAM FIRAUN,@ kolam

air panas firaun.kononnya di sinilah tempat bersiram firaun ketika mendapat penyakit kulit yang kronik,tp dia tak ngaku...ego lerkan,so,tempat nie agak tersorok skit dan kalau nak tengok or masuk kena tunduk skit,dan agak berbau hapak seperti karbait gitu,air kat situ agak suam2 panas dan mengalir hingga ke laut..menurut citer laut terbelah yang mengelamkan beliau di lautan merah..wallahualam dan

beberapa lagi tempat menarik seperti yang dinyatakan didalam a-quran,seperti air mata 12, 12 itu

membawa maksud 12 puak daripada kaum Bani Israel yang sebelum itu berebut untuk mendapat air..lalu

Saidina Musa Alaihissalam mengetuk tongkat beliau menjadikan 12 bahagian mataair dari celahan batu.





Kami juga singgah di Pantai Dahab( ala2 Miami Beach gitu,hehe) dan bermalam disitu semalaman.Disini

ramai pelancong asing melakukan aktiviti tersendiri. Ada yang sempat bersnokerling disini,boleh tahan jugak

pemandangan dasar laut kat sini..best air dia jernih .





Dari trip tersebut..kami juga bekesempatan melihat kubu Shalahuddin Al-Ayyubi,yang terletak di

Pharaoh Island.Ala tak jauh pun pulau tu,dalam 5 minit naik bot.Kubu ni digunakan semasa perang ngan

Israel suatu ketika dulu.Menariknya,dalam kubu ni jugak ada masjid untuk askar2 solat jemaah.Dari sini

kita sebenarnya berada di sempadan 4 buah negara sahaja, Mesir,Jordan,Arab Saudi dan Israel .Nun di

kejauhan kelihatan Hotel Hilton yang letaknya betul2 di sempadan Israel-Mesir.Di situ juga terdapat

sebuah bandar yang dinamakan TABA,bersempadan dengan Israil..dekat bandar ini lah boleh kelihatan

orang2 yahudi dan pernah berlaku beberapa kejadian letupan bom beberapa tahun yang sudah.




*adus ler letih..nak beradu dulu..esok2 kita citer lain...


Tuesday, 19-Feb-2008 03:03 Email | Share | | Bookmark
Any From Egypt

 
Hari nie mamasofwat tak nak letak gambar makan dah..sofwat dengan kakak nak citer gambar barang makanan plak..



Ada yang pesan nak kurma..tp sekarang dah bukan musim kurma,tp still ada ler,yang kuning kt belakang tu bekas garam mama,tk termasuk senarai menunggu yer.



Ok,yang ini helwah thohinah,ermm..sedap tau..thohinah mcm peanut butter spread on bread tu..nak makan sj pun boleh tp bit manis skit..ramuan dia dari sesame..ada yg plain mcm warna biru tu ada almond,pistachio dll.



Yang nie biasa lerkan..kt malaysia pun dah banyak,yang tu tak penting..yang paling penting ikatan, ingatan dari teman ke teman..bagi yang tak dapat tu jng kecik hati yer..ada rezeki sampai,kalau boleh semua nak kirim..bak kata abah nak letak jer mesir depan tangga sorang2 apakan daya..kudrat tk mampu.


Mama sofwat tk ingat nama apa? ada istilah dia ,kalau local tu,panggil helwah hamus kot..hehehe..paling femes manisan nie dekat daerah TONTO,1 jam setengah perjalanan dari cairo...sofwat suka yang ada kacang selalu beli atas ketepi nak ke iskandariah.

Sebahagian pic2 kat sini barang pesanan dari kawan2 abah dan mama,ada juga untuk sedara-mara kat malaysia,sebenarnya 2/3 hari nie sibuk benda2 nielah ..mama keluar memborong,bershopping....tapi beli dekat2 nie jer..rasa malas plak nak pigi borong jauh2,sbb sejuk sangat sekarang..sekadar jerlah yang dapat abah dan mama tolong belikan..nak tolong membeli bagai takder masaalah sangat,tapi nak tolong bawa poskan tu yang ssh dan terhad skit..,kebetulan ada kawan abah @ ammu ise kat H7 tu pulang ke Malaysia esok,ammu sudi terima barang2 nie..so,syukran banyak2 kat ammu..sekurang2 dapat merasa sorang skit yer..kita layan pic2 dulu yer..mama sofwat dah malas nak mengarang..


Sunday, 17-Feb-2008 00:18 Email | Share | | Bookmark
Dhal lagi?

 
 
 
View all 5 photos...


Dhal lagi cam tu ler ayat abah.. ..sebenarnya soalan abah tu merujuk bila mama kata nk habiskan kacang dhal yg masih byk lg tu,abah runsing betoi kalau start mama buat suatu benda selagi tk habis..2/3 hari benda yang sama ler kena telan ,tambahan klu bab nk expayet..tp ok gak ler bila kata nk buat parpu..lama juga kami tak makan parpu telur ,kira parpu nie ketegori kecemasan jerlah.. class "C" lah kt rumah nie...jangan mare..

tp kalau nak tahu nielah kesukaan atok mama sebelah mak mama..mama nie mix2 mami skit,walaupun dan ceroi,cayaq..tp kena juga ler selera mami,selain parpu,lossom, tu mmg kesukaan tok nek lelaki sofwat...tp sor habuq kakak tk faham bila mama citer,sbb pengaruh kelate kami kuat.. ,yang penting abah pun suka,kami lagi ler..cuma kesian kat kakak,tk boleh makan banyk sbb ada telur..nie parpu version mama..klu ikutnya ada kentang..dan mama letak suhun..kasi kaw lagi..klu piaw punya mesti kena ada daun kari, biji sawi..


Code:
Parpu Telur

Bahan:-
1/4 cawan kacang dhall (rendam 2-3jam)++ tk rendam kacang sini jenis halus dan mudah lembut

1/2 s/t halia+bwg merah+bwg putih mesin+++ xtra kesemua bahan nie dlm 3 sudu besar.
3 biji kentang++++ tk letak
2 biji telur++++ lebih
sedikit santan++++santan pekat extra tengok quntity telur
garam
serbuk kunyit
soohun

Utk tumis darat:-(Bahan B)
Minyak
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
6 helai daun kari
1-2 tangkai cili kering (potong pendek) +++ xptong dah pendek dah
1/4 st biji sawi+++++x masuk sbb tkder
1/2 st jintan manis

Method:-
1. Rebus dhall hingga empuk. Add kentang dan rebus hingga kentang empuk.
2. Add halia bawang, serbuk kunyit, garam,soohun.
3. Masukkan santan...dan pecah telur sebiji-sebiji..jgn kacau sangat. Biar telur masak dulu. Godek2 sikit2 je.Tutup api
4. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumis semua bahan B hingga wangi.
5. Curah semua bahan B dlm kuah tadi dan sedia dihidang..

# Boleh juga nak + rempah dan sedikit cili serbuk..tk nak letak telur boleh letak bayam or kubis.


Ok ler..kita borong kt sini jerlah pic2 yang mama masak untuk kami minggu lepas yer..kira qadho siap2,kalau ler pas2 nie,seminggu tk berhidang kt sini..pic2 kt sinai dalam citer N3 lepas dah ada..cuma kena edit skit..almaklum ler pic tu kena masuk penapisan kerejaan mesir.



Kakak cukup suka kueh chara nie..klu boleh dia jer nk handle,yerlah mcm senangkan nak buat..geram plak tu kiut miut jer..tp jangan harap ler boleh buat,klu time buat kueh nie..awal2 lagi mama ligan ( x kasi masuk ler) dalam dapur,bukan apa..mama kata klu tk buat cam tu ..tk merasa ler mama or orang belakang nak makan..siap jer pas satu2 kita orang angkut dan ngap..jenuh ler mama dok bertengkek kt dapur tu..

senang mmg senang,klu bab acuan tk melekat, klu hari penyel..si pembuat pun boleh naik angin..tp alhamdullah acuan mama nie mendengar kata..acuan saper ntah ler,tp terima kasih ler sbb tinggalkan untuk kami...merasa juga ler makan chara..citer mama lagi,kueh chara nielah first kueh mama buat,masa kecik2 dulu..rajinkan mama..,pas nie mama kata mcm nak buat coklat bar jer dlm tu..cantikkkkk..sofwat setuju sangat.



Setelah sofwat tengok serikaya kt fp achik yah hari tu..yer2 keluar mulut sofwat nk makan kueh nie..mama cakap nie serikaya,@ serimuka..kt ktan nanti kt rumah tokma panggil serikaya..boleh kaya ker mama..hah insyallah boleh kaya ,tp oleh sbb dh lama mama aim nk try resepi kedut2 dari sorang kawan mama kt fnr,mama try resepi nie..kira ok gak ler,sekali cuba berjaya..tp tang kedutnya plak tk seberapa berombak sngt..time nak berombak thunami nie tk mau plak dia kedut..time nak bersih licin time tu ler berkedur berjerawat bagai..to bukan slah resepi,kononnya mama nk kurang telur takut hanyir.
tp smmgnya penggunaan telur bnyk dr tepung dan api perlu kuat ketika mengukus..tp puas hati ler sedap. mam guna luq2( beras arab) ganti pulut dan molasses jer ganti gula merah kt atas tu..



Kueh talam nie..comot benor..tp sedap juga ler..mama kata nielh tepung talam mama yg mantain layer..klu tk ada jer yg sana,sini kurang,yg atas tebal bawah nipis..layer atas tu tk berapa smooth..naperlah bnyk kali try tk jg licin..nanti mama nk cuba tk perlu masak terlebih dahulu tuang jerlah..tengok hasil kemudian nanti ok ker tk?..

Quote:
MamaFaMi - sedap jgkan mamafami parpu nie,kita pun jarang2 jg..tumpi tu pun klu kt msia jrng jg makan..bila dok sini ada jer idea..hehehe..dhal tu dh kena warning..kan ada plak yg ckp hindustan.
MaDiHa - betoi tu madiha..telur niekan sllu jer jd mangsa ibu2 kering idea..parpu nie cam telur masak lomak gak ler ,tp ltk spices jer.
Daalia -hehehe,achik daalia..sofwat pun kt sini jer dpt mkn masakan tradisi nie..balik nie ntah2 mama pun cari easten food gak..kueh2 nie layan gerai tepi jln jerlah kot.
masriyah - alahai achik yah pun rajin gak per..tu angin sepoi dari dapur UK tu mai sampai egypt.
mamaleen -ha'a..mamaleen, kena kawin dng roti mamak gak baru masyuk..tambah2 roti benggali..


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net